i1

Jom Lihat Apa Yang Berlaku Ketika Pembukaan McDonald Yang Pertama Di Russia

ik 1

Jom Lihat Apa Yang Berlaku Ketika Pembukaan McDonald Yang Pertama Di Russia 1

Perbadanan McDonald’s (NYSE: MCD) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari.
Jenama McDonald’s boleh didapati di 119 buah negara di seluruh dunia. 30,000 buah saluran keluar melayan hampir 50 juta pelanggan setiap hari. Melebihi 70% daripada restoran di seluruh dunia dimilik dan dikendalikan oleh usahawan tempatan yang bebas.
Di Malaysia sahaja, McDonalds Malaysia telah mempunyai sebanyak 300 buah rangkaian restoran di seluruh negara dan membuat projeksi pertumbuhan restoran baru dengan kadar antara 15-20 buah restoran pada setiap tahun.
Jom Lihat Apa Yang Berlaku Ketika Pembukaan McDonald Yang Pertama Di Russia 2
Jumlah yang banyak ini lantas menjadikan restoran McDonald’s di Malaysia kelihatan seperti sebuah restoran makanan segera yang biasa sahaja di kalangan penduduk di Malaysia.
Namun, lain pula ceritanya dengan apa yang berlaku di sebuah bandar di Russia.
Sebuah restoran McDonald’s  yang baru dibuka di bandar Tomsk di Russia pada 16 August yang lalu menjadi tumpuan penduduk setempat di situ.
Jom Lihat Apa Yang Berlaku Ketika Pembukaan McDonald Yang Pertama Di Russia 3
Restoran McDonald’s yang pertama dibuka itu telah mendapat sambutan yang hangat sehinggakan mereka sanggup untuk beratur selama dua jam di luar restoran hanya untuk menikmati kentang goreng dan minuman berkarbonat yang dihidangkan di restoran McDonald’s tersebut.
Restoran yang mempunyai 110 buah tempat duduk itu menjadi huru-hara setelah 6000 orang pelanggan muncul pada hari pembukaan rasminya tempoh hari.
ik2

0 Response to " Jom Lihat Apa Yang Berlaku Ketika Pembukaan McDonald Yang Pertama Di Russia "

Post a Comment